Sunday, January 17, 2010
Friday, April 3, 2009
Friday, March 20, 2009
Permohonan Sumbangan Ikhlas
Assalamualaikum w.b.t
Y.Bhg Dato’/Tuan/Puan,
Permohonan Sumbangan Ikhlas Bagi Pembinaan Surau di Taman Nirwana Fasa 1,
Ampang, Selangor
Dengan penuh hormat dan takzimnya, saya bagi pihak Jawatankuasa Surau Darussalam,
Taman Nirwana, Ampang ingin memohon pertimbangan dan jasa baik Y.Bhg Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan bangunan utama Surau Darussalam sedang berjalan selepas kelulusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui
3. Sehubungan ini, kami masih memerlukan dana sebanyak RM400,000.00 lagi untuk menampung kekurangan peruntukan selaras dengan pelan pembangunan yang dicadangkan. Oleh yang demikian, kami dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada Y.Bhg Dato’ / Tuan / Puan agar hasrat dan harapan kami untuk menikmati kemudahan dan keselesaansurau baru akan menjadi kenyataan. Sumbangan yang dihulurkan kelak akan diberi pelepasan cukai pendapatan mengikut seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
4. Sumbangan Y.Bhg Dato’ / Tuan / Puan hendaklah disalurkan dalam akaun berikut :
Nama Akaun : Surau
Nama Bank : Bank Muamalat (M) Berhad
No. Akaun : 14020000628718
No. Tel Pertanyaan : 017-3300182 – En Hamdan Hj.Hasan (Bendahari)
012-5051884 – En. Mohamad Kamal Zakaria (Pengerusi)
5. Dikesempatan ini kami terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan sokongan Y.Bhg Dato’/ Tuan/ Puan terhadap usaha murni ini. Doa restu kami semoga segala sumbangan ikhlas yang dihulurkan kelak merupakan amal jariah yang akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T