Sunday, January 17, 2010

Friday, April 3, 2009

Friday, March 20, 2009

Permohonan Sumbangan Ikhlas

Assalamualaikum w.b.t

Y.Bhg Dato’/Tuan/Puan,

Permohonan Sumbangan Ikhlas Bagi Pembinaan Surau di Taman Nirwana Fasa 1,
Ampang, Selangor

Dengan penuh hormat dan takzimnya, saya bagi pihak Jawatankuasa Surau Darussalam,

Taman Nirwana, Ampang ingin memohon pertimbangan dan jasa baik Y.Bhg Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan bangunan utama Surau Darussalam sedang berjalan selepas kelulusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui surat bil. (16) MAIS/KP/BPM/03-4/002/12-3 Jld 3 bertarikh 16 Feb 2009M bersamaan 20 Safar 1430H. Seterusnya pembinaan surau ini juga telah medapat kelulusan pihak berwajib tempatan. Kos keseluruhan pembinaannya yang merangkumi bangunan bilik rawatan, taska / tadika, kelas tuisyen / pengajian dan bilik penginapan musafir dianggarkan sebanyak RM750,000.00. Sehingga kini pihak kami telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak 350,000.00 hasil kutipan derma dari jemaah, ahli-ahli kariah dan individu-individu tertentu dan jumlah tersebut telah membolehkan kami memulakan pembinaannya.

3. Sehubungan ini, kami masih memerlukan dana sebanyak RM400,000.00 lagi untuk menampung kekurangan peruntukan selaras dengan pelan pembangunan yang dicadangkan. Oleh yang demikian, kami dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada Y.Bhg Dato’ / Tuan / Puan agar hasrat dan harapan kami untuk menikmati kemudahan dan keselesaansurau baru akan menjadi kenyataan. Sumbangan yang dihulurkan kelak akan diberi pelepasan cukai pendapatan mengikut seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

4. Sumbangan Y.Bhg Dato’ / Tuan / Puan hendaklah disalurkan dalam akaun berikut :

Nama Akaun : Surau Taman Nirwana Fasa 1

Nama Bank : Bank Muamalat (M) Berhad Taman Segar

No. Akaun : 14020000628718

No. Tel Pertanyaan : 017-3300182 – En Hamdan Hj.Hasan (Bendahari)

012-5051884 – En. Mohamad Kamal Zakaria (Pengerusi)

5. Dikesempatan ini kami terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan sokongan Y.Bhg Dato’/ Tuan/ Puan terhadap usaha murni ini. Doa restu kami semoga segala sumbangan ikhlas yang dihulurkan kelak merupakan amal jariah yang akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T